Kolej Komuniti Cawangan Kangar(KKCK) adalah salah sebuah kolej cawangan yang beroperasi dibawah pentadbiran Kolej Komuniti Arau, Perlis. KKCK yang terletak di bandar Kangar menjalankan pengajian sepenuh masa kepada Lepasan SPM iaitu Sijil Teknologi Elektrik yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency(MQA).

Selain itu KKCK juga yang menawarkan kursus pendek yang boleh dihadiri oleh pelajar sekolah, pelajar kolej, pelajar universiti , kakitangan Jabatan Awam dan Swasta serta komuniti setempat.