Tanggal 10 April 2018 menjadi tarikh sejarah bagi warga Kolej Komuniti Arau dan rakyat di negeri Perlis di atas Perasmian Kolej Komuniti Cawangan Kangar.  Majlis Perasmian Kolej Komuniti Cawangan Kangar ini merupakan satu inisiatif bagi mempromosi penubuhan Kolej Komuniti kedua di negeri Perlis. Kolej Komuniti Cawangan Kangar ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir.

Lokasi Kolej Komuniti Cawangan Kangar beralamat di Lot 7, 8, 9,10 dan 11, Blok B, Kompleks Niaga PKENPs, Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis. Majlis perasmian ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.30 petang. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh yang merupakan Menteri Pendidikan Tinggi) pada ketika itu.

Program sepenuh masa yang djalankan di kolej ini adalah Sijil Teknologi Elektrik (SKE). Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan menyediakan kursus-kursus pendek dibawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.